Ahad, 30 Januari, 2011
Blog ini telah dipindahkan
Blog ini telah dipindahkan ke http://infokesihatankeluarga.blogspot.com. Sila KLIK DI SINI untuk ke sana.
Panggilan di antara dua
telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya
seperti berikut:
Rumusan: Radiasi dari
telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang
ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk
tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.
Buah terung, avokado, pear
baik untuk kesihatan serta fungsi rahim dan serviks wanita. Bentuk
buah-buahan tadi kelihatan seperti organ tersebut. Kajian terkini
menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avokado setiap
minggu, hormonnya seimbang, membuang berat kelahiran yang tidak
diperlukan dan menghindari kanser serviks. Adakah fakta ini
berkebetulan? Pokok avokado mengeluarkan buah masak dalam tempoh
sembilan bulan selepas ia berbunga.
Buah ara mempunyai biji yang
banyak dan bergantungan di pokok dua setangkai. Buah ara dapat
meningkatkan motiliti sperma lelaki serta meningkatkan jumlahnya dan
juga mengatasi masalah kemandulan lelaki. Agaknya ia menyerupai apa?
Keledek menyerupai seperti
pankreas dan ia sebenarnya dapat mengimbangkan indek glisemik pesakit
kencing manis.
Buah zaitun pula baik untuk
kesihatan dan dapat membantu fungsi ovari.
Limau grapefruit, oren dan buah-buahan sitrus
kelihatan seperti kelenjar mamari wanita. Sebenarnya buah-buahan
tersebut dapat membantu kesihatan payudara dan pergerakan keluar masuk
limfa dari payudara.
Bawang besar kelihatan
seperti sel tubuh. Kajian masa kini menunjukkan bawang besar dapat
membantu membersihkan bahan sisa dari sel-sel tubuh. Ia juga boleh
menyebabkan air mata yang membasuh lapisan epitelial mata.
Labels: makanan kesihatan



Kacang walnut kelihatan
seperti otak, ada hemisfera kanan dan kiri, sereberum atas dan
sereberum bawah, neo-kortek pun ada juga. Kini kita telah tahu bahawa
kacang walnut membantu mengeluarkan 3 dozen neurotransmiter untuk
fungsi otak.
Sayur saderi, bok choy,
rubarb dan banyak lagi kelihatan seperti tulang. Sayur-sayuran ini
adalah untuk kekuatan tulang. Tulang mengandungi 23% sodium, begitu
juga dengan sayur-sayuran ini, 23% sodium. Sekiranya permakanan anda
tidak mempunyai cukup sodium, tubuh anda akan mengambilnya dari tulang
dan membuatnya menjadi tidak kuat.Labels: makanan kesihatan